Friday, 29 July 2011

Alam Ria PASTI

Seharian menyudahkan tugas-tugas yang di amanah,mencari hadiah,menyiapkan latar belakang pentas, hiasan pentas,demi menjayakan Alam Ria PASTI Kawasan Indera Mahkota yang telah di maklumkan oleh Pengarah PASTI Negeri,PASTI Malaysia akan mengadakan setiap tahun...alahai....idea makin ciput....Mata makin kabur...Kata-kata sudah kurang seni,badan lenguh di sana sini.Nampak gayanye sudah kena intai guru baru yang berinovasi,kreatif dan berkebolehan,yakin diri dan pelbagai lagilah...

      Dari jam 3 petang sejumlah separuh dari MGP kawasan hari ini membantu menyiapkan pentas utama di bawah....Nak menatarias skalop pun terkial-kial dek kerana tahap ketinggian masing-masing terahad dan gayat pun satu masalah. Kurang keyakinan dan keberanian untuk cuba menggunakan tangga menambah masalah bagi kami kaum Hawa untuk menyiapkan tugas yang bukan susah pun...Apatah lagi aku yang berat badan sudah tidak unggul lagi....
Emmm rupanya sangat terhad kemahiranku  atau anak-anak PASTI ku sudah pandai menyebut....skill....emmm takde skill       ....Aduhai diri,terimalah hakikat.....kemampuan mu terhad.                              2.30 pagi.....30 Juilai 2011

No comments:

Post a Comment