Bila berada dengan anak-anak kecil segala perbuatan atau percakapan kita (orang dewasa) akan menjadi perhatian atau ikutan kepada anak-anak samada mereka sedar atau tidak...beberapa sahabat selalu bercakap atau berkongsi perasaan bila berhadapan dengan beberapa situasi tidak di jangka terutama bila berdepan dengan ibubapa atau sesiapa sahaja....
Ibubapa kadang-kadang berada di dalam zon gelisah bila anak-anak mereka beraksi atau menuturkan sesuatu poerkataan yang kurang enak di dengar.Walaupun ramai ibubapa yang berperasaan demikian ada juga sebilangan kecil ibubapa yang sungguh tidak kisah dengan aksi yang bagai di buat atau di suruh-suruh....
Bila terjumpa dengan si kecil yang ber"mulut banyak" kadangkadang kita bergurau mengatakan didepan ibunya...hai anak sapa ni mulut banyak....macam mulut mak nenek,kita guraukan sungguh-sungguh....
Si mulut banyak pun menjawab.....ala ibu kita lagi banyak mulut....nenek pun....pot pet pot pet....dia memberitahu...kalau tak tahan kan,papa pun buat-buat tidur....syyyy papa buat macam ni....dia menunjukkan jari telunjuknya di mulut mungil yang sengaja di muncungkan.......alahai.....tersengeh si ibu sambil memukul manja si anak dengan tuala kecil yang tersangkut di bahu.......aduhai......tergamam,merah muka si ibu...
No comments:
Post a Comment