Sunday, 5 June 2011

Masa Depan.anak-anak PASTIku......

Salam Buat Semua....(Walaupun sahabat-sahabat belumpun tahu aku da pun cuba-cuba berjinak-jinak dengan dunia blog...)Setakat ini idea tak berapa nak mai.....Mungkin kepenatan dalam membantu emak dan adik beradik dan ipar duai ku dalam mengurus majlis menyambut menantu/ipar Hasmawani Bt Hasyim ke dalam keluarga kami...Tahap pertolongan dariku segalanya maksima tetapi mungkin minima dari pandangan  orang lain....Tahap kesihatan fizikal ku minima sahaja selepas Pesta Sukan PASTI Kawasan Indera Mahkota 2011 yang baru sahaja berlalu.
   Apapun dalam kepenatan,masa yang agak terbatas,pemikiran ku tidak dapat lari dari memikirkan masa depan anak-anakku,anak-anak PASTI. Pesta Sukan PASTI Pahang tersedia menanti ,19 Julai akan di adakan di Jengka,sesudah panel pemilihan pemain memilih ,mengikut PASTI Cawangan -cawangan timbunan tugas menjadi semakin berkurangan. Pada sestengah pendapat ia adalah bebanan.tetapi bagi diriku ia adalah satu pertanggung jawaban.Satu amanah .Amanah dari siapa?Untuk siapa?Amanah dari Allah,dari ibubapa,dari Jemaah yang aku dokongi dan sokongi...
      "Apalah yang kak Lah susah-susah,badan pun kak  Lah tak larat nak bawa....Saya rasa kak Lah dah tak di tuntut di akhirat nanti,sebab kak Lah dah ada banyak sebab.Tugas pun banyak bertindih...Kalau orang lain dah tak nak buat,bukan kerja akak sorang" Kata-kata seperti itu sentiasa berulang siaran di minda,di benakku...Siapa aku yang  nak berlagak mengatakan kerjaku banyak,bertimbun,terbeban,memberatkan,menyusahkan,kerja yang memang sebanyak sedikit  menyebabkan jadual rehat,tidur sekejap,waktu bersama suami,anak-anak agak tercuri...Tetapi dengan keizinan suami aku perlahan mengatur langkah yang dah tak berapa laju demi masa depan anak-anak PASTIku...Menjana minat dan kecenderungan mereka,bersama menggarap segunung harapan dengan PASTI Malaysia,ibu bapa jua jemaah Pengurus.Memenuhi visi dan misi perjuangan mendaulatkan Islam,kerja yang ku lakukan bukanlah seberapa....tersangat kecil pengorbananku...di bandingkan dengan si burung pipit yang mengepung air dengan paruh dan memyekat pintu kerongkong kecilnya dari tertelan air itu demi memadam api yang membara membakar tubuh Nabi Allah,Khalilullah Ibrahim Alaihissalam.Jika nak di bandingkan dengan air liur si burung pipit dengan air liurku....jika di bandingkan si burung pipit itu dengan diriku....Ya Allah! Siapa aku jika nak mengatakan kerjaku banyak bertimbun?Siapa aku?
      Berbalik kepada agihan tugas untuk ke perlawanan peringkat negeri,setelah agihan anak-anak PASTI mengikut PASTI.tugas sepatutnya semakin berkurangan,tetapi tidak untuk masa sesi latihan petang,masa tak boleh berkurang,tetapi pemerhatian,tugas mengangkut dan menghantar anak-anak PASTI masih belum dapat di kurangkan...
     Wahai sahabatku ( (adik kakak)  guru-guru PASTI....Manfaatkan ruang masa,tenaga mu yang ada ,sebanyak dan sebaik mungkin demi masa depan anak anak PASTI kita,masa depan kita sendiri tentunya(untuk saham akhirat yang sentiasa menanti) demi perjuangan Islam yang murni.....Marilah kita jadikan sirah Nabi sebagai motivasi dalaman diri....Jadilah  kita Mujahidah Sejati....Walaupun kehadiran kita sebagai tidak pernah di sedari....Tempatkan dirimu sebaris Muti'ah di sisi suami...di sisi ibubapa dikaulah serikandi...setangkas Asma Abu Bakar....jadikan dirimu Muallimah seperti Sayyidatina A'isyah ....
    Walaupun sumbangan kita tidak seberapa, ikhlaskan  dirimu,ibadahmu, Yakinlah ia sebagai pembela ,pemberat timbangan amal baik mu....

            

No comments:

Post a Comment