Janjiku pada Anis Marsela,pada Umi Lyana.janji pada Ct Zaleha, Siati Nisa' janji pada sahabat-sahabat Majlis Guru PASTI,suatu hari yang entah bila.....
" Kak Lah....ceritalah ,tentang perangai anak-anak PASTI tu" Tak sabar nak dengar,nak baca" itu di antara kata-kata peransang dan dorongan untuk ku melakar coretan kengangan dengan anak-anak PASTI..yang bermacam-macam feelnya..
Doakan agar kesihatan Kak Lah di tahap yang membolehkan akak menulis dan mengadap skrin laptop yang bagiku sangat tidak selesa untuk di lihat.Tahap ketajaman mata dan aqal pun boleh membantutkan minat....
Aku kadang-kadang sangat "jealous" dengan sahabat-sahabat yang agak sibuk tapi masih sempat mengetuk -mengetuk keyboard,hatta di tengah malam,di saat mata telah tidak nampak lain yang indah melainkan sebiji bantal cuma...
InsyaAllah ,akan ku cuba mengingat kembali sejarah lucu anak-anak PASTI yang melakar sejarah peribadi diri ini yang mempunyai ceritanya yang tersendiri...
Memngimbas kembali....teringat mata anak-anak kecil kelihatan bagai mata ikan bilis,badan kecil,matanya besar membulat,polos,sangat tulus bercahaya..di kala mereka membuat sof di dataran PASTI kami....
Langkah ku sebagai guru PASTI bermula dari 1992....Sebelum bergelar pendidik aku sendiri telah pun menjadi seorang ibu....Ketika berkursus di Kuala Trengganu aku telah mempunyai dua orang cahaya mata,Mohd. Hafizuddin dan Aishah Najihah.
Mengakhiri kursus terakhir pada tahun berikutnya di Cendering aku sedang mengandungkan anak ketiga Khadijah Nadiah.
Terima Kasih pada ayah dan emak yang sudi menjaga anak-anak(cucu-cucu) tatkala aku menghabiskan siri-siri kursus yang agak lama..
Terima Kasih pada suami yang sangat memahami....Tanpa sokongannya tak mungkin aku masih lagi di panggil cikgu oleh anak-anak PASTI.....
Syukur Ya Allah ,kerana dengan izin Allah aku berada di PASTI....sayang sungguh kami pada PASTI...
Ya Allah jadikanlah kami mujahidah PASTI yang sejati,akan ku bela PASTI sebagai satu medan jihad sepertimana lain-lain sayap di dalam perjuangan. Ia satu amanah...
Tumggukan pena ku yang seterusnya....
No comments:
Post a Comment