Cikgu Dan Cuti Sekolah...
Untungnya jadi cikgu...
Dah tak mengajar pun orang tetap panggil cikgu....
Dah tiada pun orang tetap letak cikgu walau pun cara menyebutnya sudah tidak sama lagi...Sudah tambah pangkatnya...Arwah Cikgu....
Untungnya jadi Cikgu walau pun sesetengah cikgu ada yang baran,garang,pendiam,kurang peramah dia tetap di panggil Cikgu...
Yakin sangat walaupun dia dulunya memilih karier guru kerana tiada pilihan lain,atau kalauperempuan salah satu karier yang agak selamat adalah profesion guru !!!Memerlyukantempat tinggal,kuaters/rumah sewa,perjalanan jauh dsb namun istilah selamat ,sesuai sinonim dengan perempuan...Watak keibuan,lemah lembut membantu lagi ....Ktrampilan juga mudah di kenal pasti...
Jika shopping pekedainsuka meng'jak' dengan tanya akak cikgu ke? ustazah ke?
Perempuan lebih sesuai jadi cikgu?tetapi kementetian berkenaan pernah satu ketika sangat2 memerlukan guru lelaki...rendah sedikit keputusan pun cepat laku berbanding perempun...
pengganti ibu dan bapa semasa ketiadaan mereka di PASTI......satu wajah pelbagai persepsi berbeza dari pandangan mata anak-anak PASTI....pelbagai nama....guru,cikgu,muallimah,ustazah,teacher,panggillah apapun,jadilah apapun...itulah panggilan mulia buat kita semasa kita hidup mahupun ketika kita sudah pun tiada lagi....
Sunday, 11 November 2012
Saturday, 11 August 2012
Mengongsi ilmu dari ilmuan terdahulu...yang sentiasa sudi memberi....berkongsi tanpa jemu...
Suatu hari, Imam Al-Ghazali
berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya seolah bermain teka teki :
Imam Ghazali = ” Apakah yang
paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1: Orang tua/ibu bapa
Murid 2: Guru
Murid 3: Kawan-kawan
Murid 4: Saudara mara
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan”
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia ?”
Murid 1 = ” Baja”
Murid 2 = ” Besi”
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini” Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang ” Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.
Begitulah kefahaman kita insan yang lemah.....
Sunday, 5 August 2012
kalau huruf 's' jadi huruf 'k' istimewa buat anak muridku Ahmad Mustaqim...
Salam Syawal yang masih berbaki....
Khas untuk anak muridku Mohamad Mustaqim Yahya dedikasi ini sebagai motivasi buat insan seperti mu....
Kejayaan bermula dari anak tangga yang pertama ,,,,tanpa melangkah dan menapak kita tidak akan tahu kita bergerak cepat atau pun lambat....
Moga catatan ini dapat memberi manfaat buat ibu bapa dan guru-guru yang kadang-kadang kering idea dalam menangani masalah anak-anak atau anak murid yang pelat....Kadang-kadang pelat yang sangat sukar di fahami....Contohnya tektu,nak teting,nak teting.....(Lu pikir la sendiri..../uji minda gitu)
Awal tahun ini aku mendapati beberapa orang anak muridku agak pendiam....Kalau Ainna Alia dari tahun lepas lagi sepatah perkataan pun aku tak dengar yang keluar dari mulutnya.Tuannya sangat comel,bila senyum lagila menawan tapi bila di suruh bercakap alahai di kancing mulut mongelnya itu serapat-rapatnya.
Buat langkah awal aku memujuk anak-anak pelat ini upayakan diri untuk bertutur...Malu ...memang mereka menjaadi begitu memandangkan ke'luarbiasaan' sebutan yang keluar dari mulut mereka...
Emmm...lihat....seluar jadi keluar
kaya nak kuku كاي نق كوكو
jauh sangat maksudnya....lari jauh kata orang kampungku...yang di maksudkan... saya nak susu
setelah dua tiga minggu berlalu ,puas menggarap idea tak muncul jua...Ku panjatkan doa pada Yang Maha Kaya,Yang Maha Kuasa....Berilah aku petunjuk bagaimana nak mengatasi masalah si Mustaqim ini...
Akhirnya Allah makbulkan doa ku...Allah beri ilham ini,beri idea ini..Alhamdulillah syukur!!Ya Rabb.
Tak pasti kenapa Mustaqim gagal menyebut Sin/ س atau s tetapi saya di lintaskan oleh Allah Mustaqim berupaya menyebut Shin ش dan tha ث
syaya nak syusyu شاي نق شوشو
thaya nak thuthu ثاي نق ثوثو
bayangkanlah jika dia menghadapi hari-hari perkenalan gi tahun satu dengan kawan-kawan dan guru-guru yang mungkin kurang memahami,kurang masa untuk mengambil tahu
ِlhamdulillah Allah memberi kesempatan yang sedikit sebagai satu perkongsian buat ibu guru guru,dan jangan takut untumemberi peluang mereka bercakap.Hargailah mereka seadanya,
Hasil perbincangan dengan ibu ibu rupanya pelat yang di sebabkan lidah pendek ada kaedah perubatan untunya. Ada urat lidaا atau bahagian bawah lidah yang di longgarkan untuk membolehkan anak ini mudah bertutur,lidah yang tidak bolehbsampai ke ats hujung gigi akan menjadi pelat ini rupanya boleh di atasi dengan kaedah rawatan moden,dengan izin Allah

Subscribe to:
Posts (Atom)