Monday, 5 September 2011

Transisi ke Tahun Satu.....Sindrom Cuti Banyak Hari....

   Hari ini Syawal ke enam,bila di tanya pada anak-anak PASTI macam dah tak berapa ingat akan hari dan tarikh hari ini dan semalam,cuma Arif azim saja yang menjawabnya ,itu pun macam kurang keyakinan.itupun mungkin ke kelas KAFA sebelah petang jadi ingatannya agak lebih baik berbanding yang lain.
    Masuk hari kedua selepas cuti raya ni adalagi yang masih me'moyok'kan wajah.kalau Hafizin yang memang menangis jika uminya yang menghantar tetapi volumenya kadang-kadang perlahan dan kadang2 langsung tiada kedengaran  jika di hantar oleh si bapa.
            Tetapi si Izati yang masuk kategori "ok" pun menangis beria2 aduhai ,hari Isnin aku pujuk2kan jua,hari ni aku buat-buat tak nampak aje....Aku sekadar memberi isyarat mata kepada kengkawannya agar menghampiri dan memujuknya. jika di tanya kenapa,dia akan menjawab nak ibu.....aku kadang-kadangg mengisyaratkan mata dan mimik muka pada kawan-kawannya yang lain dan mereka berbalas senyum padaku....sangat sporting anak-anak zaman siber ini...cepat faham,boleh di buat kawan.
   Hampir jam 8 45pagi   ketika sof ,Kamilia hadhir di hantar uminya,dari jauh nampak matanya merah.....la....berjangkit pulak penyakit  @ sindrom cuti lama ni,dari bulan ramadhan dia memang liat bangun nak kesekolah selepas sahur,tidur semula memangla begitu.....motivasi apala pulak yang nak aku lontarkan pada anak-anak PASTI kesayanganku ini...Kadang-kadang kering jugak idea aku.....
   Bulan-bulan lepas aku panggil mereka cikgu /ustazah/ustaz kecil.Nampaknya mereka sangat teruja bila di promosi pada kawan-kawan ini dia cikgu kecik....hem,senyum memanjang aritu....pulang ceria datang esok paagi pun ceria.....
em alahai anak ibu......anak umi,anak mama........
Ya Allah bagilah aku ilham bagaimana nak memotivasikan anak-anak kecil ku ini....

No comments:

Post a Comment