Sunday, 5 June 2011

Nak membantu,tapi buntu.....

Alhamdulillah ,selepas baca artikel dan komen,saranan dalam blog Ummu Saif  saya agak lega...seminggu lepas saya sangat terkejut dan semacam stress dengan kejadian sawan seorang ibu pelajar PASTI saya.Selepas menghantar anak beliau untuk sesi latihan bola jaring,beliau di serang sawan,di hantar ke klinik dan mendapat rawatan di situ. Apakah hikmah di sebalik kejadian ini hanya Allah yang tahu...Pemikiran saya agak terganggu kerana saya tidak tahu bagaimana hendak membantunya.Melihat kehidupannya yang berjauhan dari suami dan membesarkan tiga anak bersendirian,dan hanya di bantu oleh jiran-jirannya menjadikan saya bertambah sedih apabila memikirkannya,ia kelihatan " sangat kasihan".
     Apa yang saya kesalkan,apabila beliau di hantar ke bilik Doktor dan ada nurse yang membantu,beliau seakan tidak di bantu sebenarnya.Beliau agak kepenatan setelah di serang sawan,beliau di soal oleh Doktor tersebut,sejarah sawannya,ubatan yang di ambil dsb. Apa yang saya lihat beliau agak sukar untuk menjawab soalan tersebut memandangkan mindanya sangat lemah ketika itu....Dalam hatiku berkata kata kenapalah doktor ni,aku yang bukan doktor pun faham,situasi pesakit tu sangat lemah,tak sepatutnya di soal sedemikian!Geram juga dengan nurse tadi yang agak janggal dalam membantu mengusung kerusi roda(kalau aku memangla layak begitu,kerana tiada pengalaman dan pendedahan tentang situasi demikian...)Ada ke di suruhnya ibu pelajar tadi berjalan.Lututnya lemah,pemikirannya bagai 'blur',tidak tahu nak buat apa-apa.Aku cuba membantu tetapi badannya yang agak kemas berisi tak terbantu olehku.
     Aku terasa ingin berkata kepada doktor berkenaan,hentikan soalan yang berterusan walaupun suaranya tidak kuat tetapi bagai mendesak...untuk di isi dengan jawapan-jawapan.

Tetapi siapa aku ?Ilmu tentang sawan aku tak ada.Ah,jikalah aku pernah membaca artikel tentang sawan ini....seperti blog Ummu Saif pun da cukup rasanya.
   Ibu pelajar tadi di serang sawan sekali lagi setelah otaknya di asak dengan soalan-soalan oleh doktor tadi.(Aku kata dalam hatiku takkan lah doktor ini tiada pengalaman@ilmu  psikologi langsung!)Soalan pertama puan agak sukar keluar dari kerongkongny,suara pun agak perlahan.Soalan lain di tanya berulangkali.
Geram kali kedua pada nurse yang tak tahu nak buat apa-apa padi si ibu tadi.Dia keras terkedang di kerusi dan tertidur dalam satu atau dua minit selepas di serang sawan.Aku hanya menampung badan dan kepalanya agar tidak terhantuk pada bucu meja doktor itu....Memanggil-mangil namanya agar beliau cepat tesedar..Geramku bertambah bilaman doktor itu hanya berdiri tersengih,tak tahu nak buat apa,hanya minta nurse itu memanggil H.A untuk meembantu.
    Cuba bayangkan....Aku menelefon suaminya...untuk tindakan seterusnya apakah perlu di hantar ke hospital(masuk wad) tidak perlu katanya....setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkannya....melainkan untuk mereda atau menenangkannya..
   Ya Allah bantulah si ibu ini....Sembuhkanlah penyakitnya.....

Kata suamiku......
    Bilamana aku luahkan perasaan belas kasihan pada si ibu tadi,meluahkan rasa kesal dengan kejadian di klinik tadi,melahirkan rasa ingin membantu mencari jalan untuk membantu,suamiku memberitahu....zaman Nabi dulu ada seorang muslimat datang berjumpa Nabi dan memohon di doakan agar disembuhkan dari penyakitnya.Kata Nabi jika nak masuk syurga usahlah minta di senbuhkan...Mendengar itu maka muslimat itu berkata jika begitu doakan agar auratnya terpelihara jika situasi itu berlaku...

Kata emakku......
   Dua orang kampungnya  dulu matinya di dalam longkang kerana apabila di serang sawan mereka akan mencari air,mungkin panas agaknya bila di serang sawan....
Ya Allah ,Bantulah mereka....bantulah aku.........

No comments:

Post a Comment