Tuesday, 7 June 2011

Bermulanya panggilan mulia Ummi...

 

Daniel Hafizuddin  (5 tahun) cucu nenek: -kelas Cikgu Nor...
  Di awal persekolahan dia agak gembira melangkah masuk ke dalam pagar PASTI di hantar oleh umi atau walidnya tetapi sesekali dia akan membuat muka cembrot,minta di hantar uminya ke kelas...Di pintu pagar kami guru-guru bergilir menyambut ketibaan anak-anak PASTI.Menyambut dengan senyuman,memimpin tangan anak-anak yang kadang-kadang agak takut mengatur langkah ke dalam pagar PASTI.
      Suatu hari dia menangis dengan kuatnya,sambil memanggil-mangil umi,umiiiii,aku seperti biasa (jika tiba sesi pengajaran dan pembelajaran)memanggil,mengajak nya atau anak-anak PASTI yang masih berteriak ,menangis dan kadang-kadang cuba keluar pintu pagar PASTI. untuk masuk ke kelas masing-masing. Setelah loceng di bunyikan guru-guru akan memastikan anak-anak masuk kekelas. Jika ada pelajar yang masih tinggal di luar(melekapkan badannya ke dinding pagar,menghulur-hulurkan tangannya keluar jaringan besi pagar,aku akanmengajak /memimpin masuk ke kelasku  sambil membacakan doa aku memeluk dan sesekali memegang tangannya.(Tidak mengira pelajar dari kelas mana pun,jika ia kelihatan reda aku akan menghantarnya masuk ke kelasnya)
Bagaimana dia boleh ke kelasnyaku? Dia ada seorang sepupu Amsyar namaya,(sudah besar Amsyar kan?Bertambah handsome sekarang!) di kelasku,sesekali untuk memujuknya, aku galakkan dia menjenguk sepupunya agar jika ada 'kes' tertentu dia ada tempat bergantung(sesekali) dengan keizinanku. Biasanya jika seseorang pelajar telah menunjukkan sikap steadynya aku tidak akan lagi membenarkannya bergantung kepada abang/kakak mahupun saudara mara atau anak-anak jiran yang terdekat di mana-mana kelas untuk di jenguk,mahupun di intai walaupun sekejap!Biasanya jika telah normal masing-masing berada di kelas masing-masing,sesekali ia akan menjenguk lagi ke kelas ini.
    Kalaupun anak-anak PASTI ini sekadar menjenguk atau mengintai sebelah mata aku akan melihat dan mengeraskan atau memfokuskan  mataku tajam menjuruskan mataku pada anak PASTI tu..sesasat,dua saat,tiga saat dan akhirnya dia faham..Esok,lusa dan .biasanya anak-anak tidak akan menjenguk lagi selepas itu... Kadang-kadang bila berlaku demikian aku gelak bersama-sama anak-anak sekelasku yang faham dan kami gelak bersama..situasi yang lucu bagiku tetapi mungkin tidak bagi guru lain...Kadang-kadang aku akan izinkan mereka datang kembali di waktu rehat atau ketika hampir waktu pulang.Proses ini biasanya mengambil masa dalam seminggu dua.setelah anak-anak ini yakin,percaya pada segala kata-kata ku.
Selepas proses ini berjalan dengan baik mereka mengatur langkah pada hari-hari seterusnya dengan gembira dan sangat bergaya.


Kadang-kadang pe el comel mereka akan datang kembali apabila adanya cuti sekolah dan sesi persekolahan di sambung semula....alahai bunyi tangisan tidak mahu di tinggal oleh ibu bapa mereka akan kedengaran semula...Satu rutin yang biasa...Hari Isnin pun kadang-kadang pun boleh berlaku juga..Pendek kata seminggu dua tu begitulah...terutama bagi yang liat nak bangun pagi.
   Emmm berbalik kepada kes Daniel...
   Apabila dia berterusan memanggil uminya  dengan nada yang agak kuat aku juga sesekali kering idea .setelah berfikir,idea tak kunjung tiba aku berdoa dalam hati kecilku...Ya Allah Bantulah aku...bagilah ilham Ya Allah...
:Umi,umiiii,nak umiiiii,nak umi sambil melonjak-lonjakkan badannya...Wajah anak-anak lain pun seakan simpati,ingin membantu tetapi mungkin tidak tahu.Tenggelam punca...
Tiba-tiba.....,keluar dari kerongkong ku,Daniel nak umi? Emh..angguknya bersungguh,umi pergi kerja tu...cari rezeki,nak bantu walid,nak bantu Daniel dan adik...Daniel tau tak,cikgu pun umi juga...Kawan-kawan! Panggilku pada anak-anak di kelas(membahasakan bagi pihak Daniel)kat PASTI ni cikgu adalah ibu kamu mama kamu, umi kamu,macam cerita Nabila tu hah,bonda...Cikgu kan basuh ek ek kamu yang tercicir,basuh muntah kamu,basuh mulut,bukakan tudung botol air kamu,ajar kamu,sama tak macam mama dan umi kamu?Masing-masing mengangguk tanda faham,dan menunjukkan miuka gembira untuk menunjukkan empatinya pada daniel.Selesai aku melafazkan demikian dia terus memelukku dan memanggil aku umi,umi...Aku membakas pelukannya,untuk meyakinkan dia aku benar-benar adalah umi baginya ,umi bagi anak-anak PASTI yang lain.sesungguh,seikhlas hatiku...Semenjak dari hari itu dia melangkah dengan gembira dan bermula episod aku sebagai umi....
  Pelajar lain seperti agak cemburu apabila melihat Daniel memanggilku umi...Eh kenapa Nasrul? Moyok je?Dia tersenyum malu-malu...Kita nak panggil ummi jugak..aku faham...Begitulah ,ku benarkan yang lain  memamggilku umi..agar adil bagi semua pelajar,panggilan itu mungkin hanya sementara...Nasrul membawa pulang gelaran itu hingga ke rumah...hingga ke hari ini kekal panggilan mulia itu di kalangan sebahagian anak-anak sedaraku..
  Kadang-kadang sesi suaikenal hari itu berlalu hampir 10 ke 15 minit,kadang lebih... tak termasuk adegan kejar mengejar antara guru dan pelajar PASTI.
  Kadang-kadang boleh tersenyum sorang bila teringatkan peristiwa dengan anak-anak cilik PASTI...
Sungguh tidaklah dapat di perolehi di mana-mana pengalaman itu melainkan di PASTI dan di susuli dengan ikhlas minat dan kesungguhan ianya akan menjadi satu motivasi dalaman buat kami yang bergelar muallimah PASTI.....Syukur Ya Allah kau anugerahkan PASTI kepadaku...sebagai warga pendidik.....

No comments:

Post a Comment