Friday, 18 November 2011

....susah hati seorang ibu .....seorang guru......

    Di hari-hari terakhir sesi persekolahan 2011 ini......pemikiran aku agak kurang gembira,bercampur baur dengan rasa sunyi dan rindu.....perasan bersalah dan sedih hendak berpisah dengan anak-anak PASTI......Perasaan ketidakselesaan ini sentiasa berulang saban tahun....seperti tahun-tahun yang sudah beginilah perasaanku.....Terfikirkan apakah ibubapa berpuashati dengan penyeliaan dan pendidikan ku selama setahun pada anak-anak mereka?Redhakah mereka?Dengan duit yuran walaupun sebanyak rm 25 sebulan berbaloikah aku mendidik anak-anak mereka......Kumpulan jet pejuang,cukupkah bekalan buiat mereka untuk menginjak ke tahun satu?Kumpulan Kereta"Drift' cukupkah bekalan untuk kalian?Kumpulan Beca'bagaimanakah kalian akan mendepani guru dan kawan baru,sistem pendidikan baru?
Duhai anak-anak PASTIku....moga kalian dapat  mengamalkan ilmu yang di perolehi walaupun sedikit....
Jangan lupa mengucapkan terimakasih pada guru-guru baru kalian.....Sepertimana ucapan anak-anak pada cikgu,pada teacher,pada muallimah,pada umi,pada emak,pada mama,pada bonda.....
"Terimakasih mama,kerana ajar saya"Terima kasih umi kerana ajar saya...."

Terbayangkan mulut mungil Kamilia,Izzati,Farize yang petah menuturkan kalimat -kalimat itu,saban hari....

Doaku buat anak-anak PASTI dari kejauhan....agar anak-anak PASTIku akan berjaya,cemerlang dunia dan akhirat...Apa jua cabaran yang mendatang semoga kalian berjaya atasi dan harungi.....

Tuesday, 11 October 2011

...kelebihan dua biji mata jika kita memilikinya....


Wahai diri,wahai anak-anak,ramai yang menangis kerana gembira,menangis kerana sedih tetapi 
menangislah untuk perkara seperti di bawah  ini kerana janji Rasulullah saw:

عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرِسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ


“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]

Saturday, 1 October 2011




Cinta kerana Allah...


بسم الله الرحمن الرحيم

Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus-ikhlas dalam berkasih-sayang, selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadis Qudsi:

"Allah telah berfirman: Pasti mendapat kecintaan~Ku bagi dua orang yang sayang-menyayangi kerana~Ku, dua orang yang duduk bersama-sama kerana~Ku, dua orang kunjung-mengunjungi kerana~Ku, dan dua orang yang tolong menolong kerana~Ku."

Sabdanya lagi dalam sebuah Hadis Qudsi yang lain:

"Berfirman Allah Ta'ala di Hari Kiamat: Mana dia orang-orang yang bercinta-cintaan kerana keagungan~Ku. Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naungan~Ku; iaitu hari yang tiada naungan selain naungan~Ku."

Sabdanya lagi: "Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah."

Dalam sebuah sabda Rasulullah s.a.w tersebut: Tujuh orang yang akan dinaungi Allah di bawah naungan~Nya, pada hari tiada naungan selain naungan~Nya. Baginda telah menyebut satu persatu orang-orang itu, sehingga katanya: Dan dua orang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah.

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah, dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.

Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu bisa membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya; atau pun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan keduniaannya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang mana menerusinya ia bisa hidup senang-lenang, maka cinta itu adalah cinta tabi'i, cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan semata-mata, dan meskipun ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.

Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan semacam itu adalah persahabatan yang dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat, malah kadangkala belum sempat tiba di akhirat, di dunia dahulu sudah menjadi porak poranda.

Firman Allah Ta'ala bermaksud:


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." [QS az-Zukhruf : 67]

Sekian, dipetik daripada
Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman,
dialihbahasakan dari
Kitab an-Nasha'ih ad-Diniyah wal-Washaaya al-Imaaniyah
karya Imam Habib Abdullah Haddad,
oleh Ustaz Syed Ahmad Semait.

"Kamu dikira jahil jika cemburu pada suami atau isterimu tetapi tak pernah cemburu pada imanmu sendiri. Kamu cemburu pada suami atau isterimu kerana hawa nafsu dan syahwat, sementara kamu tidak cemburu pada kalbumu kerana Tuhan. Kalau kamu dapat menjaga apa yang menjadi hakmu, mengapa kamu tidak menjaga apa yang menjadi hak Allah?"
[ Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a. ]


Wednesday, 28 September 2011

Kalam Ustaz....."tayar spare"

    salam 1 zulkaedah 1432 H....pasal tayar spare.....macam dah tak ingat pun....tapi banyak gunanya jadi tayar spare.....ia ada tapi tuannya macam tak ingat tapi ia tetap sangat2 berguna.....

      apapun ,jadilah apapun,ketika kita berkhidmat'Spare" atau pun tidak...kita letakkanlah ikhlas di dalam jiwa kita...ia akan menjadi lampu dalam memandu kehidupan kita....

Monday, 5 September 2011

Adam Sarudin Hari ini ( 16 Ramadhan 1432 H) bersaman 16 Ogos 2011

Emmmmm.......alahai Adammmm,emmmmmm
   Bulan puasa,hari hari di bulan puasa, aku tak pasti cikgu PASTI di tempat lain macamana jadual pnp mereka,kami pagi-pagi ada waktu siaran,tiadakan waktu rehat dan boleh pulang setengah jam awal...bunyi macam cikgu boleh jimat waktu je bunyinye kan...macam curik tulang ajer kan,tapi kami bukan boleh balik awal pun,kengkadang mak ayah ada yang selalu tak ingat ambil anak tepat masa,aduh kalau tadika day care ni da di caj per jam,em kira loaded dah cikgu PASTI  ni amacam kalu...(pinjam style kak Sadia) mana tau suatu hari dia akan baca coretan ni...atau pun kalau parent ada kerja dia orang memang tau cikgu takkan balik selagi ada budak belum pulang walaupun seorang....ada suatu hari aku rasa dah lewat sangat nak ambik anak sekolah rendah. Dah dekat jam satu tengahari,ambil keputusan hantar aje kerumahnya dah kerana rumahnya hampir dengan sekolah anakku,sebaik sampai ku lihat si ibu sedang sangat-sangat santai  membaca 'paper'."La cikgu,lupala"....em alahai...
   Aku sekadar  tersenyum , kelat rasa kerongkongku..cuba melalukan keikhlasan di celah-celah senyumanku. sebanyak mungkin.sabar...sabar....nanti tak dapat pahala...jika tidak,aku yang rugi,siapa yang rugi?aku....bukan dia.....tu......terpacak nisan,batu nisan putin di depan rumah anak murid ku itu..... Ia mengimgatkan aku....Sudah pasti ia tazkirah senyap yang tak di beri oleh sesiapa melainkan oleh Allah buatku...juga buat yang membaca catatan ini.....
   Oh hampir lupa pasal Adam....hari ini seperti biasa 1 hari 1 kerja baru...tentang duit/sen.Lembaran kerja ni aku copy aje tanpa edit apaa-apa aku bagi aje....samapai satu gambar tu aku sendiri kurang pasti....bila aku tanyaakaan pada anak anak PASTI semuanya menggelengkan kepala...parah ni apa nama makanan ni yek....
      Donat mereka boleh sebut,karipap pun betul juga tapi sampai satu gambar tu ada berbungkus tapi  leper,aku tanya sekali lagi pun tiada jawapan...mi goreng ? semua geleng siap sambil cebik bibir terutama Kamilia..nasi lemak?geleng juga.Fayyad kata kue chewing gum adoi tak masuk aqal tapi tak apalah dia nak juga mencuba,,,mana ada kue chewing gum fayyaaaad!!!kataku separuh menjerit gelihati....tak apalaah kataku kita kata nasi lemak la ye...akhirnya mereka bersetuju dengan syura yang macam tak syura...akur pada ketua.....ok lah kataku...harganya rm 0.50 kira nasi lemaklah....
  Tiba-tiba...cikgu!!!!!jerit Firdaus Deniel kepada ku.....Ye kenapa? soal ku
                  Dia tergelak sebelum mulutnya di tutup oelh Adam.Kenapa cakap!kataku...Firdaus tergelak lagi
         Adam kata   kan    .....jangan..jangan...Adam tutup mulut Deniel sambil tersengeh(muka risau campur gabra) , kami semua suspen....
Apa Deniel?Adam cakap apa???/
Adam kata kue,em kue(sekali lagi Adam tutup mulur Deniel....
Cakap!,cakap,kalau tak cakap nanti  cikgu isi dalam.........?"Tong sampah besar.....!!!!!!jerit anak murid ku yang lain ramai-ramai.....
   Adam kata kue taik....!!!bagitau Firdaus cepat sambil malu-malu...tergelak pun  ye...
Ya Allah Adam......Tak ade ke perkara yang positif  yang Adam boleh pikir dan sebut!!!!tergelak kami satu kelas penangan Adam Sarudin anak misi Linda.Dia seorang anak PASTI yang agak aktif ,mengenal nombor 1 -11 sahaja setakat ini huruf pun lintang kedak lagi...tapi doakanlah si kecil ini...agar turut cemerlang dunia dan akhirat meskipun tak dapat nak di bayangkan bagaimana dia menginjak sekolah darjah satu nanti....




















Dayana


minggu ini
ain afiqah,nadhirah,annisa,iffah

Transisi ke Tahun Satu.....Sindrom Cuti Banyak Hari....

   Hari ini Syawal ke enam,bila di tanya pada anak-anak PASTI macam dah tak berapa ingat akan hari dan tarikh hari ini dan semalam,cuma Arif azim saja yang menjawabnya ,itu pun macam kurang keyakinan.itupun mungkin ke kelas KAFA sebelah petang jadi ingatannya agak lebih baik berbanding yang lain.
    Masuk hari kedua selepas cuti raya ni adalagi yang masih me'moyok'kan wajah.kalau Hafizin yang memang menangis jika uminya yang menghantar tetapi volumenya kadang-kadang perlahan dan kadang2 langsung tiada kedengaran  jika di hantar oleh si bapa.
            Tetapi si Izati yang masuk kategori "ok" pun menangis beria2 aduhai ,hari Isnin aku pujuk2kan jua,hari ni aku buat-buat tak nampak aje....Aku sekadar memberi isyarat mata kepada kengkawannya agar menghampiri dan memujuknya. jika di tanya kenapa,dia akan menjawab nak ibu.....aku kadang-kadangg mengisyaratkan mata dan mimik muka pada kawan-kawannya yang lain dan mereka berbalas senyum padaku....sangat sporting anak-anak zaman siber ini...cepat faham,boleh di buat kawan.
   Hampir jam 8 45pagi   ketika sof ,Kamilia hadhir di hantar uminya,dari jauh nampak matanya merah.....la....berjangkit pulak penyakit  @ sindrom cuti lama ni,dari bulan ramadhan dia memang liat bangun nak kesekolah selepas sahur,tidur semula memangla begitu.....motivasi apala pulak yang nak aku lontarkan pada anak-anak PASTI kesayanganku ini...Kadang-kadang kering jugak idea aku.....
   Bulan-bulan lepas aku panggil mereka cikgu /ustazah/ustaz kecil.Nampaknya mereka sangat teruja bila di promosi pada kawan-kawan ini dia cikgu kecik....hem,senyum memanjang aritu....pulang ceria datang esok paagi pun ceria.....
em alahai anak ibu......anak umi,anak mama........
Ya Allah bagilah aku ilham bagaimana nak memotivasikan anak-anak kecil ku ini....

Friday, 29 July 2011

Kerja Tanpa Gaji

Kerja Tanpa Gaji,selama manakah seseorang itu boleh@ mampu bertahan????
   Dalam satu teguran sahabat dalam satu mesyuarat,............(lain kali cerita)    aku sangat terasa (kecil hati) sangat-sangat (biasa aku tak kisah sangat pun....)  tapi malam itu,kalau tak kerana segan dengan dewan harian pemuda kawasan rasanya tonasi suaraku bukan begitu...volumenya pasti ke tahap maksima....
    Emmm alahai,kerja tanpa gaji,,,siapa nak buat, melainkan orang yang tak betul (tak beraqal) tapi kerja kerana Islam  memang kerja macam orang tak betul...tetapi ia 100 peratus betul....Allah bagi ganjaran pahala yang berganda-ganda,janji ikhlas......

   Tetapi apabila sahabat itu memberi komentar(bagiku ia bukan penambahbaikan) aku terasa....
    Akak ni gaji tak seberapa....kadang nampak tak nampak je duit yang di panggil imnbuhan tuh,mudah cerita,duit dah lama habis,tenaga pun dah tak berapa nak ada,tinggal semangat dan perasaan aje,kalau itu pun awak nak bambu...nak hentam,habis hilanglah segala keseronokan kerja berjemaah,ikhlas pun akan hilang.....
Akak pun da tak larat nak motivasi diri sendiri,kalau asyik kena bambu....cubala hentam orang yabng tak keluaar bekerja langsung tuh,ni hentam orang yang macam tak cukup dengan 24 jam yang Allah bagi...

Ya Allah kuatkanlah iman ku....matikan aku  seperta syahid yang lain...al mautu fi sabilillah,asma' amanina

Alam Ria PASTI

Seharian menyudahkan tugas-tugas yang di amanah,mencari hadiah,menyiapkan latar belakang pentas, hiasan pentas,demi menjayakan Alam Ria PASTI Kawasan Indera Mahkota yang telah di maklumkan oleh Pengarah PASTI Negeri,PASTI Malaysia akan mengadakan setiap tahun...alahai....idea makin ciput....Mata makin kabur...Kata-kata sudah kurang seni,badan lenguh di sana sini.Nampak gayanye sudah kena intai guru baru yang berinovasi,kreatif dan berkebolehan,yakin diri dan pelbagai lagilah...

      Dari jam 3 petang sejumlah separuh dari MGP kawasan hari ini membantu menyiapkan pentas utama di bawah....Nak menatarias skalop pun terkial-kial dek kerana tahap ketinggian masing-masing terahad dan gayat pun satu masalah. Kurang keyakinan dan keberanian untuk cuba menggunakan tangga menambah masalah bagi kami kaum Hawa untuk menyiapkan tugas yang bukan susah pun...Apatah lagi aku yang berat badan sudah tidak unggul lagi....
Emmm rupanya sangat terhad kemahiranku  atau anak-anak PASTI ku sudah pandai menyebut....skill....emmm takde skill       ....Aduhai diri,terimalah hakikat.....kemampuan mu terhad.                              2.30 pagi.....30 Juilai 2011

Tuesday, 19 July 2011

Daniel Fahmi

19 Jul 11
Selasa,hari ni giliran aku menjaga pagar....
  Hampir 1/3 pelajar telah pulang ,sebahagian di angkut oleh van-van sekolah,sebahagian yang ada akan di ambil oleh ibu bapa .Tiba-tiba....:Cikgu...." jerit satu suara sambil ada tangisan mengiringi sorotan matanya yang meminta pengertianku...Laaaa, Daniel Fahmi  yang telah menjerit memanggil aku...Dengan cara pandangannya aku faham...
  :Daniel tertinggal van ye(sepatutnya ditinggal oleh van..dia angguk dengan wajah sedikit sedih....pandangan yang memberi erti mahu pertolongan dariku...
Aku tersenyum,tergelak juga....dan sambil ketawa aku panggil cikgu Nor (guru kelas Daniel)Cikgu Nor, ada orang tu  tertinggal van baru nak keluar suara....(Daniel Fahmi ni macam payah nak buka mulut(keluar suara)dua minggu aku membodeknya untuk senyum,masuk minggu ketiga barulah dia boleh buat2 senyum,emm takpe sekurang2nya aku dah ada line dengan dia....alhamdulillah beres...
Aku sebenarnya sangat rasa bersalah,susah hati jika tak dengar suara anak-anak PASTIku...kadang kadang aku saja bertanya anak-anak cikgu ni bisu ke? ada yang jawab ta....kkkk,ok kalau bergitu,cuba sebut "aaa" 
kadang2 pelajar yang agak pendiam akan terus boleh berkomunikasi dengan aku selepas hanya aku kata begitu....

....Nadhirah.....

 Semalam ada  majlis dialog Bob Lokman di PASTI...dengan  ANAK MUDA...
Anak Haji Hashim yang comel ni tiba-tiba datang nenyendelkan badannya ke riba ku,hulur tangan bersalam di depan emak dan makTi nya(umi Alya Maisarah..bagai taknak berpisah dewngan aku
  Ai pelik kak lah budak ni,kata cikgu Nor biasanya  pada waktu persekolahan"haram' nak di beri respon positif pada kami guru-guru.Tiap kali aku beri salam dia buat derk je,senyum jauh sekali,sekali sekal aku hulur tangan tak de rupa atau gaya nak menyambutnya,sama pesennye dengan Aina Alia dan Daniel Fahmi

Sebar Salam

"Anak anak yang baik dia akan selalu salam ibu bapa,cikgu ,orang tua,sahabat@kawan mereka"ujarku suatu hari"
  Duia tiga hari nampaknya mereka bagai tak "masuk" pun dalam kepala...
   Aku mengulangnya sekali lagi,pagi-pagi Farize datang menghulur tangan...salam....beberapa hari aku berkata,alhamdulillah Farize baik,taat....sekarang setelah beberapa minggu hemmm tak larat pulak tangan ku menyambut huluran tangan mereka

Sunday, 26 June 2011

kami dengar,kami taat

    Alhamdulillah, hari berlalu, kenangan ini mengusik jiwa....(sempena Sukan Malaysia...Terengganu)
Bagaimana meniti hari demi hari  (untuk dua tiga hari,mungkin) beberapa persoalan meniti benak minda....
Gagal meraih sebarang pingat di Sukan Malaysia semalam (25 Jun 11) oleh anak-anak PASTI kesayangan mungkin  tidak di rasa begitu menyedihkan(bagi sesiapa yang tidak berkenaan)..ya mungkin bagi anak PASTI yang sekejap ingat sekejap lupa...tetapi .anak PASTI yang berjiwa sensitif,minda agresif dan pro aktif mungkin tidak dapat melupakan sesuatu perkara dengan mudah mungkin  sehingga mereka menginjak dewasa. Di tahap usia 6 tahun aku melihat mereka sudah belajar membina impian...inginkan kaejayaan.. 19 atau 20 tahun lagi mereka mingkin akan mengingat peristiwa ini dari benak mereka sendiri...pro,kontra,buruk atau baik...
    Emmm...berat juga tanggungjawab bagi diri ini untuk membina minda positif buat mereka....airmata dan tangisan Wardina dan Syafiqah sangat menghiris hatiku...Ya Allah...10-0 dalam perlawanan dengan pasukan PASTI Selangor,membuat mereka terkejut,terkedu....tidak putus asa,mereka mencuba dan terus mencuba....tahap ketinggian mereka tidak sama....bola yang tinggi tidak mampu di gapai oleh mereka...apakah perlu tahap ketinggian di fikirkan untuk di kategorikan....seperti bina badan,gusti dan sebagainya.....9 tahun berpengalaman dengan situasi ini....tahap ketinggian dan kecerdasan menjadi bonus penting...sejauh mana aku mampu bertahan...."kami dengar dan kami taat"...menyelusuri setiap program atas ketaatan di samping rasa sanggup dan rasa kepertanggungjawaban di atas perkembangan potensi dan bakat anak-anak PASTI,serasa aku tidak lagi sanggup melihat anak-anak PASTIku menangis lagi....sebagai orang yang bertanggungjawab,orang yang di amanahkan,dengan "skill" yang minima aku serasa tidak mampu lagi....mungkinkah tangisan Wardina dan Syafiqah petanda penamat karier ku sebagai jurulatih bola jaring yang tak bertauliah....teman andai kau membaca coretan ini,...doakan agar aku tetap dan bertambah cekal...sungguh aku tidak sanggup lagi melihat airmata anak-anak PASTIku tumpah lagi.....
      Buat Wardina,Syafiqah,Izzati,Alya,Sarah,Misya,Izzah,Hazija,Siekin,Habibah,juga Irfan,Nasrun,Syamil,Aimin,Aiman,Khairul,Iqbal,Aiman dan dua pelajar wakilTemerloh yang tak ku tahu namanya,Doa cikgu agar kalian cemerlang di dunia dan di akhirat...InsyaAllah.....

Tuesday, 21 June 2011

"mulut banyak"

        Bila berada dengan anak-anak kecil segala perbuatan atau percakapan kita (orang dewasa)  akan menjadi perhatian atau ikutan kepada anak-anak samada mereka sedar atau tidak...beberapa sahabat selalu bercakap atau berkongsi perasaan bila berhadapan dengan beberapa situasi tidak di jangka terutama bila berdepan dengan ibubapa atau sesiapa sahaja....
        Ibubapa kadang-kadang berada  di dalam zon gelisah bila anak-anak mereka beraksi atau menuturkan sesuatu poerkataan yang kurang enak di dengar.Walaupun ramai ibubapa yang berperasaan demikian ada juga sebilangan kecil ibubapa yang sungguh tidak kisah dengan aksi yang bagai di buat atau di suruh-suruh....
        Bila terjumpa dengan si kecil yang ber"mulut banyak" kadangkadang kita bergurau mengatakan didepan ibunya...hai anak sapa ni mulut banyak....macam mulut mak nenek,kita guraukan sungguh-sungguh....
        Si mulut banyak pun menjawab.....ala ibu kita lagi banyak mulut....nenek pun....pot pet pot pet....dia memberitahu...kalau tak tahan kan,papa pun buat-buat tidur....syyyy  papa buat macam ni....dia menunjukkan jari telunjuknya di mulut mungil  yang sengaja di muncungkan.......alahai.....tersengeh si ibu sambil memukul manja si anak dengan tuala kecil yang tersangkut di bahu.......aduhai......tergamam,merah muka si ibu...

Sunday, 12 June 2011

Orang yang buat kerja dengan yang tidak.....

Pesan sahabat tua.....jangan risau jika berlaku kesilapan...bila ada yang menegur,kita berlapang dada.yang penting kita buat kerja....jangan kita duduk sahaja....Orang yang buat kerja banyak untungnya...dia tahu mengagak apa yang boleh dia buat,apa yang tidak,tetapi orang yang tidak buat kerja kadang-kadang mengambil masa untuk memahami apa yang di lakukannya.Dia tidak tahu apa yang dia tidak tahu...kan payah tu...
   Cuba Lah tengok.orang yang berjalan   mestilah dia tahu ekor kemuncut tu sangat menyeksakan jika terlekat di celah-celah lipatan kain,ia kecil tapi sukar di buang...Dalam maknanya...Bila terjumpa rumput kemuncut kita akan mengelak atau memesin rumput itu....Orang yang tidak tahu akan memijaknya...
   Ia membekalkan kata-kata azimat untukku bilamana air mataku kadang-kadang ingin tumpah bila-bila masa sahaja...Ia bertakung sudah lama ....tunggu masa empangan itu bagaikan ingin pecah....tetapi kata-kata azimat itu kadang bagaikan penawar.....di kala kita di uji .....

Tiada Istilah penat atau rehat untuk pejuang Islam...

Betulke macam tu yek...tetapi sebagai manusia kita akan tempuhi semua itu...Tetapi yang penting  kita tak layan sangat...Sakit,demam,letih, memang da tak boleh nak lari....Dua minggu cuti,macam tak de rehat,tau2 da buka sekolah...Kena hadapi jugak...

Tuesday, 7 June 2011

Al kisah sejenis Bam .....

Pernah denagar Bam?Bam Pala,Bam Gamat? Bukan ruangan iklan ni tapi ala-ala iklan percuma  la....Nanti ceritanya lain kali.....

Kasut platfom

Bukan iklan kasut ni.....
tapi ada kenangan mencuit hati,berbelas tahun yang lalu....
 Buat Warga PASTI khasnya Cikgu Wan

Setiapkali melalui kedai kasut ataupun mebelek kasut raya atau kasut sekolah anak-anak jika terjunmpa kasut bertumit besar kami akan teringat dengan gurauan Cikgu Wan..kakLah kalau budak-budak yang suka lari tu kita bagi je kasut ni sebiji....zummm ,asyik nak lari jer